Careline 24 hours
+603-5639 1212
 

Kunjungan Tuah (Metro Ahad)

BERTUAH... Norhayati menerima sumbangan daripada Pek Yim (dua dari kiri) sambil diperhatikan Huei.

SUBANG JAYA, 3 Oktober 2009 - Kunjungan kali pertama ke Pusat Perubatan Sime Darby, di sini, untuk mendapatkan rawatan pesakit luar membawa tuah kepada kakitangan syarikat agensi pelancongan apabila terpilih sebagai pelanggan ke sejuta hospital itu.

Norhayati Sulaiman, 28, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, berkata dia terkejut apabila diumumkan sebagai pelanggan bertuah hospital berkenaan, sekali gus menerima hamper dan baucer perubatan bernilai RM1,000.

"Saya tidak sangka diumumkan pelanggan ke sejuta hospital ini kerana tidak pernah mendapatkan rawatan di sini. Sebenarnya majikan minta saya datang selepas terjatuh di rumah sehingga menyebabkan sakit pada tulang belakang.

"Pada 28 Julai lalu saya mendapatkan rawatan di sini sebagai pesakit luar dan Alhamdulillah sembuh. Itu kali pertama dan terakhir saya ke sini dan tidak sangka, sebelum Ramadan mereka hubungi saya dan menyatakan saya pelanggan ke sejuta," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan di hospital itu, semalam.