Careline 24 hours
+603-5639 1212
 

Gabungan teori, latihan praktikal

Sinar Harian

11 February 2011

Kerjasama Kolej Sime Darby, University of Hertfordshire tingkatkan kualiti pelajar

NORHANA FARIZA HARUN

KOLEJ Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby menjalin usaha sama dengan University of Hertfordshire, United Kingdom bagi memperkenalkan program terbarunya, Ijazah Kejururawatan Kontemporari.

Pengarah Urusan Bahagian Kesihatan Sime Darby, Raja Azlan Raja Azwa berkata Sime Darby berbesar hati kerana dapat berkerjasama bersama institusi pengajian yang terkemuka seperti University of Hertfordshire bagi membantu pelajar mendalami program ini dengan lebih terperinci lagi.

Raja Azlan (dua, kin) bersalaman denganTimbalan Dekan Fakulti Kesihatan dan Sains Manusia bagi pihak University, School of Nursing, Midwifery and Social Work semasa majlis perjanjian persefahaman yang dimeterai.

Menurutnya, program yang di jadual akan dimulakan pada Januari 2012 ini, merupakan program dua tahun untuk pelajar yang mengambil Diploma Kejururawatan dah berhasrat untuk menyambung pengajian di dalam bidang ini.

"Ini juga adalah pengalaman yang berguna kepada jururawat yang ingin meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dala sesuatu bidang yang diceburi."

"Mereka yang berjaya melanjutkan pengajian dalam program ijazah akan menerima pengiktirafan ijazah dari Universiti of Hertfordshire. Sekolah kejururawatannya, perbidanan dan kerja sosialnya adalah salah satu yang terbesar di UK," katanya dalam satu kenyataan.

Perjanjian persefahaman yang dimeterai antara Universiti of Hertfordshire dengan Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya ini dilihat dapat membuka peluang barn kepada mahasiswa.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby, Shanaz Mawji berkata, program ini dibentuk untuk meningkatkan tahap profesionalisme pelajar yang bekerja dalam pelbagai keadaan.

"Hasrat utama Ijazah Kejurin-awatan Kontemporari ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang ini, menunjukkan kemahiran analisis yang cemerlang dan mempamerkan keberkesanan penjagaan terhadap pesakit.

"Program ini akan menggabungkan dua bidang unik yang akan menjadi kelebihan kepada pelajar dalam kerjaya

mereka. Dengan gabungan teori dan latihan profesional, kami akan memastikan pelajar yang tamat dari kolej ini pulang dengan pengetahuan dan disiplin yang tinggi," katanya.

Penyampaian dalam kursus ijazah ini dan tugasan akan ditaksirkan oleh kakitangan fakulti Universiti of Hertfordshire. Malah, segala program adalah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan industri.

Kolej ini juga mempunyai rekod akadernik yang cemerlang dengan pencapaian konsisten sebanyak 98 peratus lulus sejak 15 tahun lalu dalam Pendaftaran Peperiksaan yang dikendalikan oleh Lernbaga Kejururawatan Malaysia.